Popcorn Chicken Tortillas | Resepi Sarapan Mudah

Posted On Jan 10, 2013 By Adlina Izni Shammuin With No Comments
  • Sharebar

 tortillas

Resepi Menyediakan Ayam Popcorn

Idea buat ayam popcorn datang apabila bahagian dada ayam selalu menjadi pilihan terakhir kami berdua. Walaupun sy tahu dada ayam kurang lemak dan paling baik berbanding bahagian yang lain. Biasanya selepas beli ayam, saya akan asingkan siap2 bahagian yang nak diperap untuk dibakar, tulang untuk buat sup atau tomyam dan bahagian dada untuk diletak dalam bihun goreng, Tapi biasanya yang tak terusik bahagian dada lah. Resepi ini sy olahkan dari majalah rasa, iaitu Resepi Ayam Goreng Ala Taiwan. Silalah cuba ya

 

Bahan-bahannya

300g isi ayam dipotong dadu

garam secukup rasa

2 sudu kecil serbuk lada hitam

1 cawan tepung gandum

2 sudu tepung jagung

2 sudu tepung beras

1 biji telur dipukul sedikit

Cara-caranya :

1. Perapkan dada ayam yang dipotong dadu bersama bahan perasa dan telur selama 30 minit.

2. Dalam bekas yang mempunyai penutup, campurkan ketiga-tiga jenis tepung, lada hitam dan sedikit garam. Tutup penutup dan goncang untuk sebatikan tepung.

2. Kemudian celupkan dan salutkan ayam ke dalam campuran tepung. Tekan2 dan sebatikan hingga rata.
3. Setelah itu, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan.
Boleh juga goreng dalam pemanggang ajaib di bahagian yang lebih rata. Minyak diperlukan sedikit berbanding deep fry dalam kuali biasa. Lagipun minyak yang digunakan tidak elok direcycle lagi kan.
4. Angkat dan toskan di atas kitchen paper. Sedia untuk dihidangkan. Boleh makan begitu saja atau dengan nasi, mee atau balut dalam roti tortilla.
Roti Tortilla sy beli di carefour di bahagian roti satu paket ada 5 keping. Sangat sesuai untuk sarapan mudah atau boleh juga masa minum petang. Sy cuma gunakan apa2 yang sesuai yang ada dalam peti seperti daun lettuce, sos cili n mayonis.  Nak buat ni simple n senang je tapi sangat mengenyangkan. Mula-mula, layurkan dulu roti Tortilla di atas Slant Fry Pan supaya ianya agak lembut dan garing, susun salad atas roti n ayam berserta sos cili, mayonis..ikut kesukaan. Kemudian lipat bersegi tiga atau gulung bulat terus pun boleh..
tortilla

Jom share :

Leave a comment