Resepi Daging Kambing Panggang Dan Sos Black Papper | Resepi Pemanggang Ajaib

kambing panggang | pemanggang ajaib

Memanggang Daging Kambing Dalam Pemanggang Ajaib

Kalau ikut suami saya, hampir tiap2 minggu mesti nak makan kambing. Tapi saya hadkan sebulan sekali je. Sama macam dia hadkan sy makan kfc. hehe.. Bukan apa, selain daging kambing ni mahal, risau gak tengok berat badan dia yang makin bertambah tu. huhu.. Memang betul kambing makanan sunnah Nabi kita. Namun xboleh la berlebih-lebihan jugak kan. Berjimat pun penting :)

Bagi saya, nak buat bahan perapan untuk daging kambing ni pun simple je. Sebab nanti nak dipadankan dengan sos black papper, tu yang perap light2 je dah ok, hehe.. Ok.. Nah resepinya..

 

Bahan-bahannya :

2 keping daging kambing

1 inci halia

3 ulas bawang putih

sedikit serbuk lada hitam

sedikit garam

sedikit kicap

 

1. Dengan menggunakan lesung batu, tumbuk hingga halus bahan-bahan perapan iaitu halia dan bawang putih ni

2. Lumurkan daging dengan bahan tumbuk, tambah lada hitam, garam dan kicap. Picit-picit dan tekan2 untuk sebatikan rasa. Saya perap semalam. Esok nak masak, harini di waktu yang sama dah buat.

3. Masukkan ke dalam Pemanggang Ajaib yang sudah dipanaskan dengan api sederhana besar. Saya guna bahagian yang rata, iaitu yang lebih nipis kerana sy taknak minyak yang keluar nanti akan bertakung di celahan bahagian bergrill. Sebab.. adalah sebabnya. tunggu…

4. Bakar setiap bahagian kurang 10 minit atau sehingga masak yang dikehendaki. ( Saya akan masak sehingga half-cooked sebab kami x suka well-done)

5. Siap boleh dialihkan ke dalam pinggan.

 

sos black papper | pemanggang ajaib

 

Menyediakan Sos Black Pepper Dalam Pemanggang Ajaib

Mari kita buat sos black peppernya pula. Kalau ikut resepi asal, guna kiub ayam tu tapi saya guna stok ayam yang dibuat sendiri. Jadi memang selamat dari MSG atau bahan pengawet yang lain :) 

 

Bahan-bahannya :

1/2 ulas bawang besar

1 cawan stok ayam

2 sudu tepung jagung yang dibancuh dalam 1/2 cawan air

1 sudu sos tiram

1 sudu kicap

serbuk lada hitam

secubit garam

 

1. Dalam bahagian Pemanggang Ajaib yang sama, tumisan bawang menggunakan minyak hasil dari panggang daging tadi

2. Bila dah naik bau, masukkan stok ayam. Biarkan sehingga mendidih. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam, kicap dan sos tiram.

3. Bila dah cukup rasa, tuang 2 sudu tepung jagung yang dah dilarutkan dalam air utk pekatkan sos. Kacau perlahan sehingga mencapai kepekatan yang diinginkan.

4. Dah siap, curah atas daging :)

 

kambing n sos lada hitam | pemanggang ajaib

Klik Di Sini Untuk Dapatkan Pemanggang Ajaib

 

Jom share :

Resepi Pancake Nangka | Resepi Pemanggang Ajaib

Resepi Pancake Nangka | Resepi Pemanggang Ajaib

 

Pancake Nangka Dalam Pemanggang Ajaib

 

Resepi yang diubahsuai dari masakan Chef Ezani Masterchef Malaysia, sesuai sebagai hidangan sarapan pagi. Untuk menyedapkan dan mengubah rasa biasa pancake yang dimakan dengan syrup atau madu, element buah2an tempatan dimasukkan dalam penghasilan pancake ini. Sekaligus menambahkan khasiat dalam sarapan pagi ini.

 

Bahan-bahannya

Ayak bersama bahan kering:

– 1 cawan tepung gandum
– 1 sudu kecil baking powder
– 1/2 sudu kecil baking soda/soda bikarbonat
– secubit garam
– 2 sudu besar gula castor

Bahan basah:

– 1 biji telur
– 1 cawan susu dicampur dengan 1 sudu besar cuka atau jus lemon, biarkan selama 10 minit (untuk buat buttermilk)/ atau jika mahu boleh beli buttermilk, mahal sikit la ;p
– 1 sudu kecil vanilla

3 sudu besar mentega dicairkan

mentega untuk melengser kuali

nangka dipotong kiub

Cara-caranya:

1) Gaul bersama telur, susu masam/buttermilk, vanilla. Campurkan kepada bahan kering dan kacau dengan handwhisk sehingga sebati (jangan terlebih pukul. kalau ada lump sikit2 tak apa).
2) Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kacau. Biar adunan seketika untuk rest 15minit
3) Gunakan pemanggang ajaib bahagian yang lebih nipis, panaskan ke suhu sederhana. Cairkan sedikit mentega. Dengan menggunakan senduk/ladle, tuangkan adunan ke dalam pan (bergantung kepada saiz pancake anda, boleh buat satu-satu atau 2,3 sekali)
4) Bila pancake mula untuk nampak rongga udara, taburkan/susun kiub nangka di atas pancake dan tekankan sedikit kedalam pancake. biarkan masak beberapa saat sebelum menterbalikkan pancake.
5) Ulang sehingga habis pancake batter.
Selain nangka, buah-buahan lain yang bersesuaian boleh digunakan seperti pisang, mangga dan juga isi durian. Cubalah bereksperiment ya :)
Jom share :

Resepi Ayam Panggang Serai | Resepi Pemanggang Ajaib

Resepi Ayam Panggang Serai | Resepi Pemanggang Ajaib

Memanggang Ayam Serai Dalam Pemanggang Ajaib

Seperti bahan perapan ayam bakar yang lain, nak buat ayam panggang serai ni pun mudah je. Tapi rasanya memang tak kalah! Tambahan lagi serai yang jadi bahan utama ni menaikkan bau ke pelusuk penjuru rumah tatkala memanggang! Cewah! Bukan hanya cakap kosong, buat sendiri baru tahu. hehe.. Sila ambil resepi :)

Bahan-bahannya

3-4 ketul ayam

2 batang serai

1 inci halia

2 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

sedikit serbuk lada hitam

sedikit serbuk kunyit

sedikit garam

 

1. Dengan menggunakan blender kering, kisar halus atau boleh juga tumbuk dengan lesung batu bahan-bahan perapan iaitu serai, halia, bawang merah dan bawang putih

2. Perap ayam dengan bahan tumbuk seketika, tambah lada hitam, kunyit dan garam. Picit-picit dan tekan2 untuk sebatikan rasa.

3. Masukkan dalam Pemanggang Ajaib yang sudah dipanaskan dengan api sederhana besar. Jangan kecil sangat apinya nanti ayam masak perlahan akan menyebabkan air ayam akan keluar banyak, ayam lambat garing.

4. Bakar setiap bahagian 10 minit sehingga naik bau

5. Siap boleh dihidangkan dan dihias mengikut citarasa masing-masing

 

Makan dengan nasi panas-panas dan ulam-ulaman. Sambal belacan dah tak perlu sebab lauk ni dah cukup pedas bagi saya :)

Jom share :

Resepi Murtabak Meggi | Resepi Pemanggang Ajaib

Resepi Murtabak Meggi | Resepi Pemanggang Ajaib

Resepi Penyediaan Murtabak Meggi Menggunakan Pemanggang Ajaib

Murtabak ni berasal dari mana sebenarnya ya. Kalau kat pasar malam, murtabak tu yang ala2 roti canai berini di dalam. Tapi kalau murtabak megi, mestilah megi di dalam nya kan. Buat Murtabak megi dalam pemanggang ajaib memang syok, sebab sekejap, senang dan sangatlah sedap. Bentuk dah cantik 4 segi, xperlu nak diuli2 tepung lagi. Oklah.. sila semak resepi ye

Bahan-bahannya

2 paket meggi – direbus sehingga lembut, ditos dan dibuang airnya

1 biji cili merah – dihiris nipis

1 biji cili hijau – dihiris nipis

1 pokok daun ketumbar atau daun bawang

1 ketul daging ayam baki semalam (digoreng/dibakar/sup)

1 sudu serbuk lada hitam

perencah megi

4 biji telur – pecahkan ke dalam mangkuk

garam secukupnya

 

Cara penyediaan

Pukul telur, kemudian campurkan bahan2 perasa, dan tambah kesemua bahan. Gaul sebati. Masukkan ke dalam pemanggang ajaib yang telah dipanaskan dan bakar guna api kecil selama lebih kurang 25 min. Balik2 kan untuk garing kedua-dua bahagian. Siap untuk dihidangkan ketika panas2. Potong mengikut kesukaan dan makan cicah sos atau jeruk bawang merah! Cubalah :)

Resepi Murtabak Meggi2 | Resepi Pemanggang Ajaib

Nota :

1. Boleh juga digantikan baki ayam semalam tu dengan lauk lain seperti daging kisar atau udang, tapi perlu ditumis seketika dulu sebelum ditambah ke dalam campuran sebelum dibakar dalam pemanggang

2. Untuk kelainan, tambahkan/campakkan cheddar atau mozarella cheese sebelum dibakar.

Jom share :

Popcorn Chicken Tortillas | Resepi Sarapan Mudah

 tortillas

Resepi Menyediakan Ayam Popcorn

Idea buat ayam popcorn datang apabila bahagian dada ayam selalu menjadi pilihan terakhir kami berdua. Walaupun sy tahu dada ayam kurang lemak dan paling baik berbanding bahagian yang lain. Biasanya selepas beli ayam, saya akan asingkan siap2 bahagian yang nak diperap untuk dibakar, tulang untuk buat sup atau tomyam dan bahagian dada untuk diletak dalam bihun goreng, Tapi biasanya yang tak terusik bahagian dada lah. Resepi ini sy olahkan dari majalah rasa, iaitu Resepi Ayam Goreng Ala Taiwan. Silalah cuba ya

 

Bahan-bahannya

300g isi ayam dipotong dadu

garam secukup rasa

2 sudu kecil serbuk lada hitam

1 cawan tepung gandum

2 sudu tepung jagung

2 sudu tepung beras

1 biji telur dipukul sedikit

Cara-caranya :

1. Perapkan dada ayam yang dipotong dadu bersama bahan perasa dan telur selama 30 minit.

2. Dalam bekas yang mempunyai penutup, campurkan ketiga-tiga jenis tepung, lada hitam dan sedikit garam. Tutup penutup dan goncang untuk sebatikan tepung.

2. Kemudian celupkan dan salutkan ayam ke dalam campuran tepung. Tekan2 dan sebatikan hingga rata.
3. Setelah itu, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan.
Boleh juga goreng dalam pemanggang ajaib di bahagian yang lebih rata. Minyak diperlukan sedikit berbanding deep fry dalam kuali biasa. Lagipun minyak yang digunakan tidak elok direcycle lagi kan.
4. Angkat dan toskan di atas kitchen paper. Sedia untuk dihidangkan. Boleh makan begitu saja atau dengan nasi, mee atau balut dalam roti tortilla.
Roti Tortilla sy beli di carefour di bahagian roti satu paket ada 5 keping. Sangat sesuai untuk sarapan mudah atau boleh juga masa minum petang. Sy cuma gunakan apa2 yang sesuai yang ada dalam peti seperti daun lettuce, sos cili n mayonis.  Nak buat ni simple n senang je tapi sangat mengenyangkan. Mula-mula, layurkan dulu roti Tortilla di atas Slant Fry Pan supaya ianya agak lembut dan garing, susun salad atas roti n ayam berserta sos cili, mayonis..ikut kesukaan. Kemudian lipat bersegi tiga atau gulung bulat terus pun boleh..
tortilla

Jom share :

Resepi Ayam Kalio | Resepi Pemanggang Ajaib

 

Resepi Ayam Kalio | Resepi Pemanggang Ajaib

Resepi Menyediakan Ayam Kalio Menggunakan Pemanggang Ajaib

Resepi ini berasal dari Indonesia. Cara penyediaan ayam kalio ini seaakan2 memasak rendang tetapi masih terdapat sedikit perbezaan bahannya. Contohnya penggunaan sayur di dalam masakan ini seperti bunga kobis dan juga lobak merah. Susu cair yang digunakan boleh digantikan dengan santan. Amat mudah memasaknya menggunakan pemanggang ajaib kerana tak perlu dikacau dan ayam cepat masak berbanding masak di dalam kuali biasa. Silalah semak resepi dan selamat mencuba ya :)

 

Bahan-bahannya :

5 ketul ayam (dibuang kulit dan lemak)1/2 sudu serbuk kunyit (bancuh dalam 1 cawan air)
1 cawan susu cair
1 keping asam
1 helai daun kunyit
2 biji ubi kentang dibelah 4
100g bunga kobis dihiris
1 biji lobak dihiris
8 ulas bawang merah
3 biji cili merah dikisar
5 biji cili padi diketuk
4 batang serai diketuk
2cm lengkuas diketuk

Cara-caranya :

1. Campurkan ayam, ubi kentang, bahan yang diketuk, dikisar dan air kunyit ke dalam Pemanggang Ajaib
2. Tutup penutup, api sederhana besar, masak sehingga mendidih
3. Apabila ayam separuh masak, masukkan bunga kobis, lobak merah, asam kepung, daun kunyit dan garam
4. Akhir sekali masukkan susu cair
5. Setelah ayam masak, hias dan hidangkan

Jom share :

Resepi Popia Basah | Resepi Pemanggang Ajaib

resepi popia basah | resepi pemanggang ajaib

Resepi Popia Basah, masak kulit popia guna Pemanggang Ajaib

** untuk buat sambal **

1) 20 tangkai cili kering
2) 4 ulas bawang putih (x guna bawang merah ye. nanti sambal x tahan lama)
3) 1 cwn sos tomato
4) 1 ketul gula melaka
5) sedikit air asam jawa
6) 1 senduk gula pasir
7) 100 gram udang kering

semua bahan ni ditumis ye. pastikan betul2 masak dan pekat macam merah kehitam2an. perasakan dengan sedikit garam.

** untuk inti **

1 batang carot – disagat
5 batang kacang panjang – dipotong 1 cm
sekeping, dua tauhu – potong dadu 1cm
1/4 biji sengkuang – disagat
ikut suka lah jika nk tambah sayur2 lain yg diingini janji brsifat kering. ada juga yg bubuh telur dihancur2kn.
bawang merah

panaskan sedikit minyak, tumis bawang hiris hingga layu. masukkan carrot, tauhu, & kacang panjang. masak denagn api besar dan pantas supaya x berair. last skali masukkan sengkuang. suaikan rasa garamnya dan angkat – ketepikan.

** untuk kulit popia **

bahan-bahannya..
1) 1/2 kg tepung gandum
2) 1 biji kuning telur
3) 1 sd garam
4) 1 sd cuka masakan
5) air yg secukupnya.

1) bancuh semua bahan, jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
adunan hendaklah pekat/kental seperti adunan cekodok/cucur/jemput2.
perap 3,4 jam.
2) setelah diperap, panaskan kuali non stick dgn api perlahan (boleh guna Pemanggang Ajaib)
3) sapu minyak dengan nipis atas kuali tu. guna tuala kecil @ tisu. jangan buh minyak banyak nanti adunan x nak lekat.
4) angkat kuali dari api, letak atas meja. dengan tangan ambil sejemput besar adunan lalu di lenserkan atas kuali dgn cepat & nipis. bawa/tarik adunan serata kuali. (benda ni kena praktis la..hehe.. tapi sebenarnya senang je..)
5) adunan yangg lebih tu kaut & masukkan balik dlm mangkuk bersama yg lain. agak kalau panas, sengetkan kuali, kaut lh ngn sudu lebihan doh tu.
6) lepas tu letakkan kembali kuali atas api, masa ni bleh jika nk kuat kan skit api.. skit je tau. biar beberapa minit, lalu boleh lah diangkat. buat sampai habis
7) ambil sekeping kulit popia, sapukan sos keatasnya. jangan banyak2. isikan inti, lalu gulung lah ikut citarasa/kreativiti masing2..

cubalah ya. kita tengok apa hasilnya. kalau menjadi nanti jangan lupa upload kat sini

Jom share :

Resepi Burger Bakar | Resepi Pemanggang Ajaib

Resepi Burger Bakar | Resepi Pemanggang Ajaib

Resepi membuat Burger Bakar yang simple

 

Burger bakar mula mendapat tempat di kalangan peminat masakan berdaging masa kini. Cara membuat dan menyediakan burger bakar menggunakan Pemanggang Ajaib sebenarnya sangat lah simple. Bahan yang diperlukan juga senang didapati. Dengan kretiviti masing-masing, anda boleh cuba menyediakannya sendiri malah lebih sedap lagi dari yang dijual dikedai!

 

Bahan- Bahannya :

 

Daging kisar (daging ayam atau lembu)

Bawang merah dipotong dadu sebanyak mana yang suka

Sebiji telur ayam

Sos BBQ

Oregano

Blackpaper (Tak kisah yang nak tumbuk ataupun blend)

Whitepaper (seperti di atas)

Garam

Seasoning (terpulang pada pilihan masing-masing)

Cheesedale

Lobak merah (disagat)

Salad (disagat)

 

 

Cara-caranya :

Campur dan gaul sebati ke semua bahan di atas kecuali cheesedale, lobak merah dan salad

Simpan di dalam peti lebih kurang 30 minit atau lebih

Bentukkan burger mengikut kesukaan saiz

Bakar patty burger di dalam pemanggang ajaib sehingga masak kedua-dua bahagian

Sediakan roti, sapu sedikit butter pd roti dan bakar bersama patty tadi di dalam pemanggang ajaib

Dengan kreativiti masing2, lapisi burger anda mengikut citarasa sendiri dengan sayur-sayuran yang digemari

Jangan lupa untuk tambah perasa seperti sos cili, mayonis dan sos lada hitam.

 

Cuba lah! Selain jimat dapat makan sesuka hati sehingga puas. hehe.. Selain tu boleh simpan patty di dalam freezer untuk dibakar bila-bila masa

 

Jom share :

Resepi Kek Coklat | Resepi Pemanggang Ajaib

resepi kek cokelat | resepi pemanggang ajaib

Membakar Kek Coklat dalam Pemanggang Ajaib

Siapa sangka pemanggang ajaib jenama ikan mampu membakar kek dengan sempurna. Ramai yang tak percaya kerana namanya pun ikan, ingatkan untuk memasak lauk pauk sahaja. hehe.. Jika masih tak percaya, salin resepi ni dan cubalah buat ya. Lepas ni boleh la cuba kek2 lain pula ya.

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum *
1 sudu baking powder dan soda bikarbonat*
1 cawan serbuk koko *
3/4 cawan minyak atau margerin yang dicairkan
3/4 cawan susu pekat
1/2 cawan gula
3 biji telur

Cara-caranya :

1. Ayakkan bahan yang bertanda *
2. Dalam mangkuk yang lain, pukul minyak, susu pekat, gula dan telur dengan menggunakan mixer
3. Apabila bahan yang dipukul telah kembang, masukkan campuran tepung sambil dikacau sedikit demi sedikit
4. Apabila bahan dicampur jadi sebati, masukkan ke dalam pemanggang ajaib dan masak atas api yg kecil selama 10-15min. Check untuk pastikan kek cukup masak.
5. Bila dah masak, keluarkan dengan menekapkan kek ke atas pinggan dan terbalikkan. Hati-hati.. Perlu seorang pembantu ketika ini. Selepas itu bolehla hiaskan kek anda dengan topping agar lebih menyelerakan. Yummy!

Untuk topping hiasan

1/2 bar coklat masakan
2 sudu butter
2 sudu susu pekat
Masak guna kaedah double boiler bagi campuran di atas sehingga mencapai kelikatan yang dikehendaki, curahkan ke atas kek coklat. Boleh la dihiasi dengan badam atau coklat rice
Selamat mencuba ya
psst ; Membakar kek coklat menggunakan pemanggang ajaib jauh lebih cepat berbanding membakar di dalam oven. Hanya 15min kek anda boleh check kek anda menggunakan lidi atau garfu untuk pastikan siap dimasak. Kalau tak percaya, cubalah sendiri ^*
Jom share :

Resepi Puding Roti Dengan Sos Kastard | Resepi Pemanggang Ajaib

resepi puding roti dengan sos kastard | resepi pemanggang ajaib

Membuat Puding Roti Menggunakan Pemanggang Ajaib

Bahan-bahannya :

 

7-8 keping roti

4 biji telur

1/2 cawan susu segar/susu cair

4 sudu gula

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu mentega – cairkan

secubit garam

kismis/prune/kurma dihiris halus

 

Cara-caranya :

1) roti dikerat2 kecik.

2) pukul telur, tambah susu, gula, garam. dan esen vanilla dan mentega, kemudian kacau sebati

3) susun roti dalam pemanggang ajaib dan selang selikan dengan tambah kismis/prune/kurma

4) tambahkan adunan telur tadi dengan menggunakan sudu. biarkan hingga roti kembang

5) bakar 5-10 min setiap bahagian/ hingga masak

 

Bahan untuk Sos Kastard

 

1 tin susu cair

1 tin air (guna tin susu cair tadi)

2 sudu besar tepung kastad

2 sudu besar gula

 

Cara Membuat Kuah@ Sos Kastard

Campurkan  ke dalam periuk dengan api kecil dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)

Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastard.

Jom share :